| ...Tasawwuf (bersambung) | |
Fana-al-Fana
Kemudian tibanya peringkat Fana-al-fana (lebur-diri dalam penyatuan) di mana kesedaran diri dalam fana (lebur-diri) juga turut menghilang dan tidak apa yang tinggal kecualiNya. Fana-al-fana adalah pintu laluan kepada Baqa-bi-Allah (berserta Allah) yang merupakan matlamat dalam Islam.
Baqa-bi-Allah
Baqa-bi-Allah adalah peringkat tertinggi dalam kesempurnaan manusia dan tidak terdapat di mana pun dalam sistem spiritual yang lain. Ianya adalah pengembalian kepada diri asal seseorang sesudah diperkenalkan secara penuh dengan Yang Esa. Dengan kata lain, ianya adalah pengembalian kepada ketenangan (Sahv ) sesudah keasyikan lebur-diri (Sukr ). Dalam rajah pada halaman terawal, peringkat Baqa-bi-Allah akan tercapai sesudah perjalanan ADB dilalui, dan seseorang salik akan kembali ke titik B (iaitu kembali kepada keindividuannya). Perjalanan pada titik A adalah yang paling panjang. Ianya tidak berkesudahan, kerana Yang Maha Esa itu tidak berkesudahan juga. Makin dalam kita memasuki Zat Allah, semakin tinggi pula darjat kesempurnaan, dan bertambah kencang pula perjalanan turun (Baqa). Pada darjat yang tertinggilah dari fana, iaitu di titik A, kita akan dianugerahkan sifat-sifat Allah atau layak dengan sifat-sifatNya dan memolehkankan mendengar dengan PendengaranNya dan melihat dengan PenglihatanNya seperti yang dinyatakan dalam Hadith Nabi terdahulu. Setelah dianugerahkan sifat-sifat tersebut, salik tadi layak menjadi Khalifah Allah dan kembali sebagai Insan-ul-Kamil untuk mengambil bahagian dalam hal-ehwal duniawi dan memimpin yang lain ke matlamat yang sama. Sekembalinya kepada keindividuannya di titik B, ianya tidak sama seperti diri dahulunya.
Pada permulaan perjalanan ia seorang novis (yang belum berpengalaman). Kini ianya seorang Insan Kamil (manusia sempurna). Pada peringkat ini ia memainkan dua peranan. Ia berada pada masa yang sama dalam Fani-fi-Allah (berserta Allah) dan baqi-bi-Allah (berasingan dengan Allah). Ia menggabungkan dirinya serentak dalam kedua-kedua keadaan penyatuan dan berasingan dengan Allah. Hal ini seolah-olahnya bertentangan kepada mereka yang kurang pengalaman; tetapi sebenarnya, tidak sedemikian. Terdapat dua aspek atau sudut pandangan kehidupan manusia, Haqiqat (Spiritual) dan (fizikal). Oleh kerana manusia adalah gabungan jasad dan ruh, ianya hidup dalam alam spiritual dan fizikal secara serentak.
Allah berfirman dalam Al-Quran:
"Kami adalah dekat dengan manusia daripada urat lehernya sendiri"
Malangnya manusia tidak sedar tentang asal-usulnya iaitu dari Ilahi dan penghidupan selanjutnya berserta Allah sehingga ia melalui proses pembersihan (tazkiyah-al-nafs) dalam perjalanan spiritual (suluk-ila-Allah), seperti yang telah dihuraikan sebelum ini. Setelah menamatkan perjalanan spiritual dan kembali kepada keadaan pelbagaian/majmuk dari Yang Esa sahajalah maka Haqiqi dan Majazi atau aspek Ketuhanan dan kemanusiaannya akan disedari. Peringkat ini dikenali dalam istilah Sufi sebagai Jame-iyyat yang bermaksud penggabungan kedua-dua Fana-fi-Allah dan Baqa-bi-Allah.
NEOPLATONISME ADALAH SEPARUH PERJALANAN
Baqa-bi-Allah adalah lebih tinggi dari Neoplatonisme. Menurut Plotinus sebagaimana terdapat dalam kitabnya "Enneads", peringkat yang tertinggi ialah fana yang beliau namakan "Kembali kepada Ketuhanan." Beliau berkata, "Pengembalian menyimpulkan seluruh kewajipan manusia." Ini adalah fana yang tidak berkesudahan atau bersemadi dalam Dzat Allah. Kita tidak mempunyai maklumat tentang Neoplatonisme. Sekiranya dapat dikesan, ianya adalah separuh perjalanan sahaja menurut Sufisme. Ia disamakan dengan kesenyapan (Quietism ), pertapaan (Asceticism ) dan mengasingkan diri daripada keduniaan (Renunciation ). Tidak hairanlah kalau di Barat, sistem-sistem mistik sering dicaci kerana sifatnya yang menolak hal-hal duniawi.
DUA PERINGKAT SUFISME bERbANDING DENGAN SATU DALAM SISTEM-SISTEM MISTIK LAIN
Perjalanan spiritual dalam Islam mempunyai dua fasa/peringkat, berlainan dengan perjalanan satu fasa/peringkat sebagaimana yang terdapat dalam agama Kristian, Hindu, Buddha, Yahudi Cabbalaisme dan Hasidisme di mana matlamat terakhir adalah fana (bersemadi dalam Dzat Allah).
Dalam Islam fasa/peringkat pertama bersifat intoxication yang menghasilkan kesenyapan dan pertapaan, sementara fasa/peringkat kedua bersifat aktiviti dan penglibatan sepenuhnya dalam kehidupan duniawi.
Sebenarnya, kehidupan selepas tamat perjalanan spiritual (suluk ) adalah lebih aktif, bermakna dan nyata daripada sebelumnya. Kini salik telah bebas daripada cengkaman sifat kehaiwanan (nafsu ammarah ) dan telah dianugerah pula dengan sifat-sifat Ketuhanan (takhalluq-bi-akhlaq Allah ). Kini ia melihat melalui pandangan Ilahi, mendengar melalui pendengaran Ilahi dan melakukan setiap sesuatu dengan Kuasa Ilahi. Ianya kini menjadi lebih jujur, lebih ikhlas, lebih baik hati daripada dahulunya, dan lebih simpati terhadap manusia serta berkemampuan untuk memikul tugas-tugas yang lebih mulia dan pengorbanan yang lebih besar. Ia bukan lagi menjadi beban kepada masyarakat tidak seperti Pertapa Barat , Yogi Hindu, atau Sami Buddha. Sebaliknya ia adalah insan yang paling berharga kepada masyarakat. Sumbangannya yang paling tinggi lagi mulia kepada masyarakat adalah kebolehannya untuk membimbing orang lain menuju ke matlamat yang sama berdasarkan pengalaman yang dialaminya dan Nur-Ilahi yang diperolehinya.
Satu keistimewaan Baqa-bi-Allah-nya, di samping aktiviti duniawi, adalah ia sentiasa memperbaiki kedudukannya dengan terus mendekati Allah. Badai yang bergelombang dalam hatinya sebegitu hebat sehingga ia tidak pernah puas pada mana-mana peringkat apa jua pun dalam mendekati Allah. Lebih tinggi ia meningkat, maka bertambah pula ia terpesona. Ia mengembara dari satu peringkat ke satu peringkat dan masih mendapati peringkat-peringkat yang tidak terhitung. Namun perjalanan tidak akan berakhir, walaupun ia meneruskan perjalanannya sehingga kekekalan (eternity ). Lebih jauh ia mengembara, maka lebih hebat keindahan mendekatiNya. Dengan cara ini ia terus melalui beberapa peringkat fana yang tidak ada akhirnya, namun badai cinta dalam hatinya begitu besar sehingga kehausannya tidak pernah puas dan ia tetap menyeru dan memohon lagi berulang-ulang kali (hal min mazid )
PERPISAHAN DALAM PENYATUAN
Pada peringkat ini ia sekaligus bersatu dan berpisah dengan Allah. Oleh kerana Baqa-bi-Allah, atau penurunan, yang dikenali sebagai Abdiat, adalah pengkhususan Nabi Muhammad s.a.w., pengikut-pengikutnya memilih penurunan dari pendakian atau pemisahan dari penyatuan . Mereka lebih suka merendah diri sebagai hamba Allah.
Perihal peringkat maqam ini, seorang penyaer Sufi pernah melahirkan kata-kata berikut:-
"Saya tidak sanggup melepaskan kesedihan manis pemisahan untuk kenikmatan penyatuan . Kepada saya kekufuran dari rambutmu yang hitam adalah lebih baik dari kesetiaan wajahmu yang gemilang."
Mirza Bedil telah menghuraikan pemisahannya dalam penyatuan dengan kata-kata manis berikut:
"Wahai kekasih, saya telah minum cawan demi cawan anggur penyatuan, tetapi kehausanku tidak pernah reda.
Betapa kejamnya Engkau kerana enggan dipeluk olehku dari pelukkanku."
Ini adalah suatu penghormatan yang unggul dan pencapaian yang menjadi keistimewaan Islam dan tidak terdapat di mana-mana jua pun. Rumi menyatakan pengalaman yang sama dalam kata-kata berikut:
"Sambil duduk di tebing sungai, mereka minum tidak berhenti-henti, namun lebih dahaga."
Ia menyatakan lagi:
"Kekasih dalam pelukkanku namun usaha mencari Kekasih masih berterusan. Ianya seperti orang yang kehausan duduk di tebing sungai meminum air tetapi masih berasa dahaga."
Ia berkata:
"Wahai Saudara! Tiada batas keagunganNya. Lebih lama kamu terbang kepadanya lebih jauh Ia berada".
Ia berkata:
Perjalanan cinta tidak pernah berakhir. Lebih jauh kita mengembara lebih panjang pula perjalanannya. Ianya seperti pohon anggur yang tumbuh dengan lebat apabila ia dipotong-potong sedikit.
Saadi Shirazi dengan indahnya menyatakan:
"Tidak ada batasnya mengenai kecantikanMu, dan Saadi tidak putus-putus memujanya. Ianya seperti pesakit yang menderita kehausan dan meninggal akibat terlalu banyak minum dan air sungai tetap mengalir."
Seseorang pernah berkata:
"Seorang Qalandar * adalah seseorang yang menginginkan peringkat yang lebih tinggi dari penyatuan."
_______ * Orang yang terlalu mencintai Allah dan mabuk dalam kecintaanNya
Khawaja Ghulam Farid (meninggal:l90l) wira kepada Profesor Christopher Shackles (Universiti London) yang menyelidiki Syaer Saraiki, telah menghuraikan perjuangan batinnya dalam kata-kata berikut:
"Aku dalam keadaan dimana kedekatan telah menjadi kejauhan dan penyatuan dan perpisahan sudah kehilangan makna. Disinilah ke-"Aku"an (egoisme) telah berakar umbi di sudutku dan di sudutNya."
Ia menjelaskan dengan mengatakan:
"Keadaanku telah mengalami pengembalian sebanyak dua kali. Fana-ku sudah menjadi baqa dan baqa menjadi fana ."
Boleh disebutkan disini bahawa fana menjadi baqa, walaupun dalam keadaan fana (bersatu), apabila badai cinta itu tidak dapat dikawal dan seseorang itu akan cuba dan terus mencuba untuk lebih mendekati Kekasih. Tiada batas kepada peringkat-peringkat penyatuan kerana Allah itu tidak ada batasya. Baqa menjadi fana , kerana dalam keadaan baqa (iaitu perpisahan dan keduaan ) seorang salik rindukan penyatuan dan sebenarnya ia semakin maju dalam Tuhan. Peringkat ini dinamakan Jame-iyyat yang sukar untuk dimengerti tanpa mengalaminya.
Seorang lagi pernah berkata:
"Bagaimanakah kamu boleh mengetahui rasa air anggur ini tanpa meminumnya."
SIFAT-SIFAT TAMBAHAN BAQA-BI-ALLAH
Pada peringkat Baqa-bi-Allah,terdapat juga beberapa kebaikan, manfaat,dan keindahan, di samping keindahan mengalami keenakan bersatu dan kesedihan perpisahan pada waktu yang sama. Disinilah seseorang salik dianugerahkan sebagai Khalifah Allah di muka bumi dan ditauliahkan untuk membimbing manusia ke matlamat yang sama, hasil dari penyerapan sifat-sifat Allah sewaktu di peringkat Fana-fi-Allah, yang bererti pemberian kuasa-kuasa Allah (and Divine Authority). Hal ini, sebenarnya menerangkan fenomena kejadian-kejadian keramat seperti kebolehan melihat apa yang berlaku di tempat lain, kesaktian mengetahui kejadian sebelum ianya berlaku, melayang ke udara, melihat tanpa mata dan mendengar tanpa telinga dan sebagainya. Sebenarnya kejadian-kejadian keramat dihubungkan dengan peringkat yang lebih rendah dan kadang-kadang boleh berlaku kepada para salik yang baru bermula dan juga kepada orang-orang biasa yang dilahirkan dengan kuasa kerohanian luarbiasa. Tetapi para Wali Allah tidak suka melibatkan diri dalam hal-hal keramat kerana penglibatan itu menggangu dan menghalang kemajuan kerohanian. Dari itu kejadian keramat dikenali sebagai hijab (atau tabir) cahaya di antara manusia dengan Tuhan. Hijab ada tiga jenis:
1) Hijabat-i-Zulmani (Hijab hitam) disebabkan oleh dosa-dosa
2) Hajabat-i-Nurani (Hijab cahaya) disebabkan oleh keramat- keramat
3) Hijabat-i-Kaifi (Hijab keghairahan) disebabkan oleh nikmat bersama Tuhan.
Nikmat bersama Tuhan hanya menjadi hijab apabila seseorang itu menuju ke peringkat penyatuan semata-mata untuk keseronokan dan bukan kerana Allah. Ianya bukan keikhlasan malah mementingkan diri semata-mata.
Kembali kepada persoalan sifat Baqa, maka pada peringkat inilah seorang Sufi Islam (tidak seperti mistik lain) menjadi seperti manusia biasa dan mengalami kesusahan dan kepahitan hidup sama seperti manusia lain. Di sinilah ia sanggup memikul kewajipan yang sukar dan tanggungjawab yang penting iaitu untuk menjinakkan sifat kehaiwanan ( sifat-sifat mazmumah ) dalam manusia yang memerlukan bimbingan, menjadikan mereka warganegara yang baik, lalu membolehkan badan-badan pemerintah untuk mendirikan sebuah kerajaan yang baik dan berakhlak. Disinilah cinta seorang kekasih dan keimanan seorang mukmin diuji oleh Allah s.w.t. Di sinilah seorang salik, yang baru kembali dari peringkat 'kemabukan' dalam Penyatuan Ilahi (fana ), telah menjadi waras (baqa ) dan meneruskan kerendahan dirinya, ketaatan, penyerahan, beribadat dan berkhidmat kepada Allah dengan sungguhnya. Di sinilah rahsia-rahsia kebenaran Tuhan dan haqiqat Ilahi akan diperlihatkan kepadanya. Di sini juga haqiqat ciptaan Allah (Haqiqatul ashya) mulai nyata kepadanya. Di sinilah ia berupaya untuk mencurahkan kasih yang mendalam serta cinta dalam sembahyang dan ibadatnya kepada Allah sebagai hambaNya yang terhina. Di sinilah karya prosa dan puisi yang banyak, merangkumi rayuan, doa, permohonan, ketaatan kepada Allah s.w.t. serta rahsia-rahsiaNya dan haqiqat halus, datang menjelma dan menjadi sumber inspirasi kepada manusia.
Pada peringkat Baqa-bi-Allah inilah, penyair Shabistari telah mendedahkan rahsia-rahsia dari Kewujudan Yang Esa dalam kata-kata berikut:
"Tiada sesuatupun dalam alam semesta kecuali Satu Nur! Tuhan adalah Nur, manifestasiNya adalah alam semesta,
Inilah Penyatuan, yang lain itu hanya khayalan dan cakap besar belaka"
Pada peringkat inilah Jalaluddin Rumi menyindiri ahli falsafah dengan berani menyatakan:
Kau sudah menjadi ahli falsafah tetapi Kau tidak tahu Siapa dirimu, Dari mana kau berasal O orang yang bebal! apabila kau tidak tahu dirimu sendiri, Kenapa kau berlagak sombong dengan ilmu mu?
Disinilah Sheikh ibn Arabi menyatakan dengan segala kesungguhan:
"Hamba (atau Abdi) tetap hamba walau sejauh mana ia mendaki (ascent ). Tuhan tetap Tuhan sejauh mana sekalipun Ia menurun (descent )"
Inilah kehidupan Nabi S.A.W. dan para sahabatnya. Dan inilah juga cara kehidupan para Wali-wali Allah (Sufi).
Keperluan dan Bekalan Manusia (Wujud-i-Wajib, Wujud-i-mumkin)
Ianya pada peringkat Baqa-lah yang Mahmud Shabistary memberi amaran tegas:
"Jangan dikatakan Contingent telah melampui batasnya, Contingent menjadi tidak necessary, begitu juga 'keperluan', 'Bekalan'.
Sesiapa yang tidak transenden dalam misteri spiritual, janganlah menyebut perkara ini, kerana ianya satu inversi dari kebenaran.
Para penyaer Sufi amat berhati-hati supaya bahagian tidak diberikan status keseluruhan. Adalah benar kalau dikatakan bahawa patung itu tidak terpisah dari Tuhan, tetapi adalah satu kesalahan jika dikatakan bahawa patung itu Tuhan. Kalau tidak, yang Tidak-terbatas menjadi terbatas dan yang Tidak-berkesudahan menjadi berkesudahan, yang secara logik adalah tidak tepat sekali.
MENGENAI MENDEKATI TUHAN
Seorang penyaer Sufi menerangkan ayat mengenai pendekatan dalam Al-Quran seperti berikut:
"Bacalah dari Al-Quran yang Suci, 'Kami adalah lebih dekat dengan kamu dari kamu sendiri'. Ketahuilah dengan sebaik-baiknya hubungan kamu dengan Tuhan! Tuhan adalah lebih dekat dengan kita daripada diri kita sendiri. Kerana kejahilan, kita telah merayau dari pintu ke pintu untuk mencariNya.
Sheikh Ali al-Mohaimi (Bombay) telah menerangkan dengan baiknya dalam tafsiran Qurannya dikenali sebagai "Tafsir-al-Rahman" :
"Kami lebih dekat denganNya, bukan dalam istilah waktu, bentuk atau ruang, tetapi Ianya berada dalam Dzat tanpa ada campuran dengan inkarnasi, pengalihubahan tempat atau pun bertentangan (dua makhluk yang duduk bersama)."
Khawaja Baqi-bi-Allah, Sheikh kepada Sheikh Ahmad dari Sarhand, pernah berkata:
"Pendekatan (Qurb ) dan Berjauhan (Boad ) adalah khayalan. Tidak ada jarak yang memerlukan usaha untuk berdekatan denganNya dan tidak ada pemisahan yang diperlukan untuk bersatu denganNya".
Ini adalah ucapan seorang Sheikh dari tariqat Naqshbandi sendiri. Dan anda mesti ingat, bahawa tariqat Naqshbandi terkenal kerana tidak sedikitpun mahu bertolak ansur dalam mematuhi hal-hal Syariat. Tetapi beliau juga adalah seorang "pantheist ". "Pantheism "nya adalah Islam tulin, bersesuaian dengan logik dan falsafah dan juga menurut rukun-rukun Islam.
...BERSAMBUNG---> | |