...Tasawwuf (bersambung)
 

 

TUGAS-TUGAS SHEIKH

 

Tugas dan fungsi seorang sheikh adalah hampir dengan tugas Nabi seperti yang tersebut di atas. Sebagaimana yang dinyatakan, kita memerlukan khidmat dari seseorang yang mengetahui, seorang guru, seorang Sheikh atau Murshid. Sebaik sahaja seseorang Murid itu diterima dan diperkenalkan adalah menjadi tugas Sheikh untuk memimpin dia kepada yang ghaib. Sheikh itu menggariskan jalan dan panduan bagi muridnya. Beliau membawa apa yang ghaib di dalam muridnya supaya berharmoni dengan apa yang ghaib di luarnya. Sheikh sentiasa mengawasi muridnya dan menyelamatkannya dari kesilapan dan tergelincir. Beliau berperanan sebagai pertengahan antara tinggi dan rendah, antara ketuhanan dan kemanusiaan, antara di mana ia sebelumnya dan di mana seharusnya ia berada atau dalam bahasa yang mudah, antara dirinya dengan Tuhannya. Dari itu Sheikh atau Murshid adalah keperluan yang mutlak dalam emansipasi spiritual diri manusia.

 

Kita menghabiskan sebahagian besar dari awal umur kita terikat kepada yang material. Perpustakaan dan makmal makin mempereratkan ikatan ini. Malahan pemikiran bebas pun hanya membahrui ikatan ini. Sebaik sahaja kitya dapat berhubung dengan Sheikh, kita memasuki satu era pembebasan yang baru-ikatan dilonggarkan, rantai diputuskan dan perjalanan bermula. Dari yang nyata kita beransur kepada yang ghaib dan setelah terjun ke dalam keghaiban yang tidak berakhir, kita harus kembali kepada yang nyata untuk menamatkan perjalanan kita.

 

Rajah berikut akan menjelaskan perjalanan permulaan dan akhiran pengembara spiritual yang digelar Salik (pencari).

Dalam rajah di atas, B adalah titik permulaan untuk pengembara (Salik) yang baru mulai perjalanan. Anak panah menunjukkan arah perjalannan. BCA adalah perjalanan ke atas yang berakhir pada A. Ianya dinamakan Sair-ila-Allah, yang bermaksud perjalanan menuju Allah. Diikuti dengan leburdiri dalam Allah yang berakhir pada titik A dan dikelnali sebagai Sair-fi-Allah (leburdiri dlama zat Allah). Kemudian dilakukan perjalanan selanjuntya denagn turun sehingga titik B, melewati ADB. Ini dikenali sebagai Sair-Min-Allah (perjalanan dari Allah) apabila seseorang itu menamatkan bulatannya, ia akan menamatkan perjalanan spiritual dan mencapai tahap Insan-ul-Kamil (manusia yang sempurna).

 

Akan kita perhatikan bahawa B adalah titik permulaan dan akhir; iaitu titik dimana seseorang itu memulai perjalanannya dan mengakhirinya. Kepada permerhati biasa, anda seolah-olah berada pada tempat yang sama, walhal anda dan mereka yang mengenali anda secara dalam, mendalati suatu perubahan yang indah pada diri anda. Pada peringkat permulaan anda tidak mengetahui tentang bulatan (perjalanan) ini dan juga tentang diri anda sendiri yang sebenarnya serta Allah S.W.T.

Pada akhirnya, anda dapati bahawa anda telah mengelilingi seluruh bulatan, dan telah mengenali diri sendiri dan anda akan dapati bahawa anda telah dengan sendirinya melalui beberapa peringkat hidup, dan anda mengenali Allah S.W.T., dan mengetahui (berdasarkan kemampuan masing-masing) segala pelbagai kuasa alam yang menggerak alam semesta. Anda akan menyedari bahawa segala kuasa ini, berpusat dalam diri anda dan akhirnya anda menyedari bahawa pada titik B anda berada dalam bentuk yang dapat difahami daripada semasa berada pada titik A, iaitu suatu keadaan yang sukar difahami.

 

Pendek kata, anda menyedari maksud, kuasa, dan hikmah ayat-ayat daripada Al-Quran yang anda adalah Khalifah Allah di mukabumi. Anda akan mengerti dengan mendalam makna dan maksud dari ayat-ayat suci Al-Quran yang berikut:

 

 

1) "Allah mencipta manusia dari Bayangnya."

2) "Dan dengan cara ini kami memperlihatkan kepada Ibrahim, Kerajaan Syurgawi dan Kerajaan Duniawi (Tinggi dan Rendah).

3) "Kami akan memperlihatkan kepada mereka semua Tanda-Tanda Kami di sekeliling mereka dan di dalam diri mereka".

4) "Kepada Allah jua Matlamat Terakhir."

5) "Kami adalah berada dekatnya daripada urat leher kami sendiri."

6) "Kami adalah dekat dengan Kamu daripada tempat Kamu berada."

7) "Dan Ia berada dengan kamu tidak kira siapa kamu."

8) "Ia adalah yang Pertama dan Terakhir, Yang Memujudkan dan Yang Tersembunyi."

 

 

 

Kesedaran ini menjadikan anda Insan Kamil. Tentu sahaja, setiap manusia itu tidak sama semuanya. Kemampuan pencapain berbeza-beza, tahap kesedaran masing-masing berbezza pula dan darjat kesempurnaan juga berbeza.

 

Merujuk kepada rajah bulatan , perjalanan ke atas, BCA adalah suatu perjalanan yang sukar untuk didaki. Perjalanan menurun, ADB adalah yang mudah, jika dibandingkan. Sebagai suatu kenyataan, BCA melalui lapangan yang sama dengan ADB. Dengan kata lain, apa yang anda dapat memerhati pada perjalanan ke atas sama saja seperti perjalasnan ke bawah, namun pemerhatian anda waktu dalam perjalanan ke atas mungkin boleh menyesatkan. Anda tidak akan mengerti sebenarnya segala-gala yang di bawah titik A, kecuali anda sampai pada titik A, iaitu akar dari segala- galanya.

Melainkan anda dapat pegang akarnya betul-betul, anda tidak akan dapat memiliki cabang-cabangnya. Dari itu guru yang terbaik memilih untuk membawa muridnya ke atas melalui BCA, dengan mata yang tertutup. Mereka tidak mengizinkan pemerhatian sewaktu dalam perjalanan ke atas. Ianya akan menjimatkan masa dan tenaga dan menghindari dari melakukan kesalahan akibat dari pengetahuan yang separuh-separuh sahaja atau pengetahuan yang tidak lengkap. "Mata" digunakan sepenuhnya sewaktu perjalanan turun ADB . Ini adalah jalan yang paling singkat dan selamat untuk mencapai kejayaan.

 

Pelbagai syarat dan peraturan yang dikenakan untuk menyelesaikan kursus spiritual ini diperlukan sewaktu lingkaran pertama sahaja. Apabila anda menyempurnakan kursus dan menyelesaikannya untuk pertama kalinya, lingkaran BCA dan ADB, anda adalah dibebaskan (kesempurnaan). Kini anda bebas untuk naik atau turun seberapa kali yang anda suka tanpa mematuhi syarat dan peraturan yang anda patuhi sewaktu anda melingkari untuk pertama kalinya. Anda bebas untuk memilih mana-mana jalan naik dan turun. Anda boleh naik separuh jalan dan kembali atau berhenti sama sekali, untuk tempoh yang tidak terhad, di mana-mana peringkat-peringkat pertengahan. Terdapat setengah-setengah orang yang memilih untuk kekal buat selama-lamanya pada tahap A dan enggan kembali. Kenikmatan di tahap A dikenal sebagai Lazzat-i-Uluhiyat, bermakna "Nikmat Ketuhanan" dan ianya cukup indah sehingga tidak terdapat kenikmatan duniawi apa pun jua yang dapat menandinginya dan setiap orang adalah tertarik untuk tinggal di sana buat selama-lamanya.

 

Namun Keagungan dan kesempurnaan manusia adalah sebenarnya bergantung pada penurunan ke titik B, yang berlainan dengan setengah-setengah aliran mistik yang matlamatnya tertumpu pada titik A, dan hal ini pun berdasarkan pemelihan dari setiap agama, dan di sini jua manusia memenuhi kewajipan dan fungsi sebagai Insan Kamil, selama badan fizikalnya dapat mempertahankan roh dalam badannya. Ini menunjukkan perjalanan spiritual dalam Sufisme Islam mempunyai dua bahagian, bahagian atas dikenali sebagai Fana-fi-Allah (terserapnya dalam zat Tuhan); dan bahagian bawah, Baqa-bi-Allah (berserta Allah).

Oleh kerana perjalanan turun Sufi kepada dirinya (Baqa-bi-Allah ) dan penyempurnaan tugas-tugasnyalah, maka Sufisme bersesuaian dengan keadaan Duniawi. Ini berbeza dengan cara Mistik Barat yang mengabaikan Duniawi yang merupakan pokok bantahan dari para sarjana, intelek,ahli falsafah dan tokoh pembaharu di Barat kerana sifatnya yang pendiam dan pertapaan semata-mata. Perkara ini akan dibincangkan lagi kemudian.

 

CARA-CARA PENDEKATAN

 

Terdapat pelbagai cara untuk mencapai matlamat, tetapi ianya dapat dibahagikan kepada tiga cara berikut:

 

1) Cara golongon ortodoks (Tariq-ul-Zuhd )

 

2) Cara para Aulia-Allah (Tariqul-Akhyar )

 

3) Cara Kecintaan yang mendalam (Ishq) (Tariq-ush-Shattariyah ).

 

1. Cara Ortodoks : Ini adalah dengan mengamalkan mengikut kehidupan beragama dengan berdasarkan kepada rukun-rukun Islam, difahami dan diikuti dengan sebenarnya. Ianya memakan masa yang panjang lagi lurus dan umumnya disyorkan kepada orang ramai, kerana ianya agak selamat.

 

2. Cara Golongan Elit : Ianya memerlukan ketekunan, baik fizikal mahupun spiritual (iaitu mengamalkan agak lebih sedikit daripada had minima yang ditetapkan oleh Syariat tersebut di atas). Ianya lebih singkat dan menarik dari yang pertama, tetapi lebih sukar. Namun ia membawa hasil yang lebih baik. Usaha tambahan yang terlibat dalam cara ini ialah dengan berZikir berlebihan, Ashghal (latihan rohani), Moraqabat (bertafakur), dll., (yang akan dihuraikan pada halaman kemudiannya) di mana keenam-enam LATAIF (indera rohani) yang ada pada diri manusia dapat dicahayakan dan mengembangkan sayap untuk memulakan perjalanan menuju ke destinasi sebenarnya.

 

3. Cara para kekasih Allah: Ianya adalah hasil daripada menanam dan mengembang cinta kepada Allah melebehi daripada kerja-kerja keras sepertimana yang terdapat dalam (l) dan (2). Ianya adalah cara yang paling singkat, nikmat, dan jalan yang paling mengasyikkan, yang membawa kepada hasil yang terbaik dan berharga. Ianya sama seperti membakar hutan, daripada mencabut setiap pokok satu per satu untuk membersihkan tanah. Para pencinta adalah bahan terbaik untuk Sufisme, walau apapun tuduhan yang dilemparkan oleh masyarakat terhadap mereka. Bertambah besarnya badai yang melandai hati seseorang itu, maka bertambah besar pula pelariannya kelak.

 

Adalah jelas dari pembahagian di atas bahawa cara ortodoks adalah sesuai dan selari dengan Sufisme Islam.Sesungguhnya ahli Sufilah yang dianggap sebagai penjaga utama kepada Shariat yang ortodoks. Kerana lebih kuat mereka mematuhi Quran dan Sunnah, maka akan bertambah baiklah hasilnya, dan kemajuan yang dicapai akan bertambah.

 

Dapat dijelaskan di sini juga bahawa setengah golongon Orientalis telah mendakwa bahawa kepercayaan Islam dimulai dengan Zuhd (kewaraqkan), tetapi disalahtafsirkan oleh mereka sebagai hidup berdiam diri dan takut kepada Tuhan, yang kemudiannya bertukar kepada amalan kecintaan yang dipengaruhi oleh kepercayaan Kristian. Hal ini ternyata membuktikan bahawa mereka kurang pengetahuan tentang Quran dan Hadith yang berlimpah dengan ayat-ayat mengenai cinta terhadap Allah dan cinta terhadap Nabi sebagai asas kepercayaan.

 

Allah berfirman dalam Quran:-

 

1) Mereka yang percaya mencintai Allah tidak terhingga."

 

2) "O Nabi, beritahu mereka kalau kamu mencintai Allah, ikutilah aku dalam semuas tindak tandukmu, Allah akan mencintaimu."

 

3) "Dalam bait yang lain Allah mengkagumi mereka yang menolong orang miskin dan tidak mempunyai pekerjaan atas dasar cinta pada Allah semata-mata."

 

4) Tidak lama lagi Allah akan mencipta segolongan manusia yang ia akan mencintai mereka dan mereka pula akan mencintainya."

 

 

....BERSAMBUNG -->